Khamis, 14 Oktober 2010

Ilmu ghaib (khayasf) dikalangan awliya'







Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Kasyaf mengikut pandangan al-Sharif al-Jurjani di dalam kitabnya bertajuk Al-Ta'rifat merupakan "memahami realiti/hakikat sebenar di sebalik sebarang fenomena yang berlaku.  Pemahaman tersebut boleh diperolehi melalui penglihatan mahupun pengalaman, justeru memahami makna-makna dan realiti-realiti perihal alam ghaib."  Kasyaf merupakan ilmu yang berbentuk intuitif atau gerak hati yang lazim bagi awliya-awliya Allah.  Allah telah menyanjung mereka di dalam ayat berikut:

Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati  (10:62).

Rasulullah (SAW) sering kali menyebut tentang jenis dan darjat wali-wali.  Suyuti di dalam kitab berjudul Hawi li al-fatawi, yang merupakan kitab koleksi hadis-hadis, ada menyebut perkara berikut:  al-Khabar al-dall 'ala wujud al-qutb wa al-awtad wa al-nujuba'a wa al-abdal (Berita yang menunjukkan kewujudan Qutub, Tiang, Ketua, dan Pengganti).  Wali-wali ini merupakan khawas (kumpulan istemewa/elit) di kalangan orang warak.  Allah juga menggelar mereka sebagai sidiqqin (awliya, yang bermaksud "Yang Paling Benar"), dan darjat mereka di bawah para anbiya dan selepas para syuhada.  Allah berfirman:

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu:  Nabi-nabi, para sidiqqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang salih.  Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya  (4:69).

Kedudukkan mereka disisi Allah pada Hari Perhitungan juga merupakan idaman para Anbiya.  Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Umar dan lain-lain lagi yang dikisahkan daripada Musnad Imam Ahmad oleh Abu Malik al-Ash'ari:

Selepas Rasulullah selesai dengan solatnya, baginda memaling wajahnya ke jemaah lau bersabda:  "Wahai manusia!  Dengar, faham dan ketahuilah bahawa Allah mempunyai hamba-hamba yang bukannya para anbiya atau syahid.  Namun demikian, para anbiya dan syahid ingin mengambil tempat mereka oleh sebab kedudukkan mereka yang begitu rapat disisi Allah."Salah seorang Arab Beduin datang berjumpa Rasulullah lalu bertanya:  "Ya Rasulullah!  Terdapat di kalangan manusia yang bukan anbiya atau syuhada, dan masih juga para anbiya dan syuhada ingin menjadi sebagai mereka oleh sebab kedudukkan mereka yang rapat disisi Allah?  Tolong huraikan mereka untuk pengetahuan kami!"

Wajah Rasulullah begitu ceria tatkala mendengar soalan Beduin itu lalu bersabda:

"Mereka merupakan pendatang/orang asing yang datang dari pelbagai tempat.  Mereka sering menziarahi kaum/suku yang berlainan daripada mereka.  Mereka tidak mempunyai pertalian persaudaraan di antara mereka, namun mereka kasih-mengasihi semata-mata kerana Allah.  Niat mereka terhadap sesama sendiri begitu murni.  Pada Hari Kebangkitan, Allah akan mengurniakan mereka dengan kekaki yang bercahaya.  Apabila mereka duduk di atas kekaki tersebut Allah akan

menukarkan wajah dan pakaian mereka kepada cahaya.  Pada Hari tersebut manusia lain akan merasa gerun dan takut, tetapi bukannya bagi orang-orang istemewa ini.  Mereka adalah Rakan Allah yang tidak ada sebarang kekhwatiran mahupun kesedihan."

Sayyidina Ali juga telah memberi penjelasan yang masyhur tentang ciri-ciri awliya Allah di dalam buku Ibn al-Jawzi bertajuk Sifat al-safwa:

Bilangan mereka sangat kecil, tetapi darjat mereka disisi Allah amat besar.  Melalui mereka Allah mengekalkan tanda-tandaNya sehingga mereka mewasiatkan tanda-tanda tadi kepada hati pengganti mereka sebelum meninggalkan dunia ini.  Mereka mempunyai banyak ilmu realiti  tentang perkara-perkara yang sukar bagi orang awam mengetahui.  Mereka mencintai perkara-perkara yang ramai memandang sebagai usang.  Kehadiran mereka di dunia ini diiringi dengan ruh yang sentiasa berikat dengan alam yang maha tinggi  (al-mahall al-a'la).  Ah, ah! bagaimana seseorang merindui melihat mereka!

Ilmu yang ada pada para awliya tidak boleh ditandingi oleh manusia dan jin, dan pada kadang kala juga tidak dapat ditandingi oleh para anbiya.  Ilmu atau kuasa yang anih tersebut dikurniakan oleh Allah kepada RakanNya yang bukan para anbiya.  Terdapat nasnya daripada Quran:  sebagai contoh, bagaimana seorang wali yang bersama Nabi Sulayman membawa singgahsana Balqis di dalam sekelip mata.  Dia disifatkan sebagai "seseorang yang mempunyai ilmu Kitab" seperti di dalam firman Allah:

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab:  Aku akan membawa singgahsana itu (O Sulayman) kepadaku sebelum matamu berkedip...  (27:40)

Mengikut Tafsir ibn 'Abbas dan majoriti ulama-ulama, wali tersebut bernama Asif ibn Barkhya (yang bukannya nabi), seorang jurutulis Nabi Sulayman:

"Seorang yang mempunyai ilmu Kitab":  yakni malaikat...atau Jibrail...atau al-Khidir atau Asif ibn Barkhya (jurutulis nabi Sulayman).  Jumhur (majoriti) menganggap Asif ibn Barkhya sebagai orang yang dimaksudkan.

Al-Khidir, walaupun ramai yang menganggapnya sebagai nabi, memperolehi ilmu yang mana nabi Musa sendiri tidak ada.  Al-Khidir disifatkan sebagai "seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu  dari sisi kami"  (18:65).

Bagaimanapun, awliya-awliya Allah yang paling besar terdiri daripada mereka yang datang daripada Komuniti Rasulullah.  Abu Yazid pernah berkata, "Kami telah merentas lautan di mana para anbiya telah berdiri di pantainya."  Ayat in bermaksud:  wali-wali daripada Komuniti Rasulullah (SAW) telah mewarisi daripada baginda ilmu dan martabat yang mana nabi-nabi Banu Isra'il idamkan.  Perkara diteguhkan lagi oleh hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Malik al-Ash'ari, yang di petik di atas.  Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa martabat atau darjat para awliya lebih tinggi daripada para anbiya.  Imam Tahawi menjelaskan:

Kami tidak mengutamakan mana-mana wali Komuniti Rasulullah daripada para anbiya.  Disebaliknya, kami berkata seorang nabi lebih baik daripada semua wali-wali sekiranya mereka ini disatukan/dikumpulkan.

Perkataan tepat bagi penglihatan dan mimpi sebenar ialah ru'ya.  Allah berfirman:  "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya tentang kebenaran mimpinya (ru'ya) dengan sebenarnya"  (48:27).  Rasulullah berkata:

Penglihatan atau mimpi (al-ru'ya) merupakan satu perempat puluh enam bahagian ramalan/tilikan. 

Apabila Hari Qiamat akan tiba, hampir semua penglihatan atau mimpi orang mukmin akan menjadi benar.  Mimpi seorang mukmin merupakan satu perempat puluh enam bahagian ramalan, dan bentuk ramalan ini tidak mungkin akan silap.

Barangsiapa yang melihatku di dalam mimpinya memang sebenarnya melihatku, kerana Syaitan tidak boleh merupaiku, dan mimpi seorang mukmin merupakan satu perempat puluh enam ramalan/tilikan.

Salah satu penipuan yang besar ialah untuk mengaku melihat sesuatu di dalam mimpi yang pada sebenarnya tidak berlaku.

Tiada yang akan tinggal daripada ramalan/tilikan melainkan perkhabaran baik (mubashirat).  Mereka menanya baginda:  Apakah perkara itu?  Baginda menjawab:  Penglihatan atau mimpi yang baik  (al-ru'ya al-saliha).

Kasyaf merupakan kurniaan Allah kepada para awliya, dan bukannnya boleh di usaha untuk memperolehinya.  Di dalam hal tersebut Abu Hurayra pernah berkata:  "Saya telah menyimpan dua bekas besar ilmu daripada Rasulullah.." Beliau menggunakan perkataan "bekas" sebagai kiasan untuk menunjukkan bahawa ilmu tersebut bukan dipelajari oleh beliau tetapi diberi oleh Rasulullah - cecair tidak boleh diajar ke dalam bekas tetapi dituang ke dalamnya.  Ini juga menunjukkan bahawa ilmu seperti ini bukan boleh dipelajari secara aktif, di sebaliknya ilmu ini diberi kepada seseorang (menandakan sifat pasif penerima).  Sebuah lagi hadis oleh Bukhari, mengesahkan bahawa Rasulullah mencurah ilmu tersebut kepada Abu Huraira dan bukan mengajarnya.

Diriwayatkan oleh Abu Huraira:  Saya berkata, "O Pesuruh Allah!  Saya telah mendengar banyak riwayat daripada tuan tetapi saya telah lupa."  Baginda bersabda, "Bentangkan selimutmu."  Saya pun membentangnya dan baginda menggerakan kedua tangannya seolah-olah mengutip sesuatu dan menaruhkan nya ke dalam selimut itu lalu bersabda, "Bungkuskan badanmu dengan selimut ini."  Maka saya pun membuatnya, dan semenjak pada hari itu saya tidak pernah lupa sebarang hadis. 

Mengikut sebuah hadis, mimpi yang benar merupakan salah satu ciri orang mukmin, begitu juga dengan kasyaf:

Daripada al-Harith ibn Malik al-Ansari (sesetengah rangkaian menamakannya sebagai al-Harith ibn al-Na'man al-Ansari):  Rasulullah menanya dia:  "Apa khabar anda pada pagi ini O Haritha?"  Dia menjawab:  "Pada pagi ini saya adalah seorang mukmin yang benar."  Rasulullah bersabda,  "Berhati-hati apa yang engkau sebut itu, tahukah anda realiti keimanan anda?"  Dia berkata:   "Saya telah memalingkan diriku dari dunia melalui berjaga diwaktu malam dan mengeringkan tekakku pada siang hari; dan saya hampir boleh melihat Takhta Allah dengan sepenuhnya; dan saya boleh melihat orang di Syurga menziarahi satu sama lain; dan saya hampir boleh melihat orang di Neraka menangis sesama mereka."  Rasulullah bersabda:  "O Haritha, anda benar-benar mengetahui, maka berpegang teguh kepadanya."  Sesetengah versi berbunyi seperti berikut:  "Ini ialah seorang mukmin, Allah telah menyinarkan hatinya" (mu'minun nawwara Allahu qalbah). 

Rasulullah pernah memuji sifat-sifat 'Umar di dalam perkara ilmu kasyaf seperti berikut:  

Terdapat di kalangan ummat sebelum kalian beberapa orang yang "muhaddathun," walaupun mereka bukannya nabi-nabi.  Sekiranya terdapat orang itu di dalam umatku, dia ialah 'Umar ibn Khattab.

Diriwaytakan oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidhi, dan Ahmad.  Terdapat dua hadis yang dianggap sebagai hasan di dalam Tirmidhi yang berbunyi "Allah telah mengukir kebenaran di atas  lidah dan hati 'Umar" dan "Sekiranya ada nabi selepas ku, sudah pasti orang itu ialah 'Umar."  Mengikut Ibn 'Uyayna "muhaddath" bererti "dibuat untuk faham" (mufahhamun).  Muslim pula menokok:  ""ibn Wahab menerangkan "muhaddathun" bermaksud "diberi ilham" (mulhamun),"  dan ini merupakan pandangan majority mengikut pendapat Ibn Hajar di dalam kitab bertajuk Fath al-Bari (7:62:#3689).  Dia juga menambah bahawa "muhaddathun" bererti "yang di bawa oleh para malaikat." 

Wallah hu alam.

Selasa, 12 Oktober 2010

DIALOG IBLIS DENGAN RASULULLAH S.A.W

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata,
“Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.”
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia
menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan
berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali
tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),
“Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?”
Maka jawab Nabi dengan marah,
“Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.  Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?”
Sembah Iblis,

“Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan.”
Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata,
“Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu.”
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.
Soalan Nabi (1):
“Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?”
Jawab Iblis: “Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini.”
Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,
“Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba.”
Soalan Nabi (2):
“Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?”
Jawab Iblis:
“Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak.  Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya.  Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat.”
Soalan Nabi (3):
“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?”
Jawab Iblis:
“Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati.
Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka.  Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah -(buah ini tiada bernama), lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak.
Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.
Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan.”
Soalan Nabi (4):
“Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?”
Jawab Iblis:
“Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan,
perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara
mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba”
Soalan Nabi (5):
“Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?”
Jawab Iblis:
“Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain.  Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.”
Soalan Nabi (6):
“Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?”
Jawab Iblis:
“Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.”
Soalan Nabi (7):
“Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?”
Jawab Iblis:
“Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.”
Soalan Nabi (8):
“Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?”
Jawab Iblis:
“Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan.
Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.
Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.
Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.
Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.”
“Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa.”
Soalan Nabi (9):
“Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?”
Jawab Iblis:
“Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar - besar seteru hamba. Tiada upaya hamba
melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah
berkata yang,
“Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.”
Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya,
inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia
menjadi wazirul a’zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini
dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan
pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang
juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang
akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika
hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini
kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan,
“JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku”,
kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga
digelar ‘Al-Faruq’. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa
bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi
menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi
hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,
“Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.”
Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan
perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka
terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak
pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang
berhala. Digelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau
Allah’ dan tuan sendiri berkata, “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.”
Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.”
Soalan Nabi (10):
“Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?”
Jawab Iblis:
“Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala
tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah
serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s,
“Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat.”
Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur.”
Soalan Nabi (11):
“Siapa yang serupa dengan engkau?”
Jawab Iblis: “Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam.”
Soalan Nabi (12):
“Siapa yang mencahayakan muka engkau?”
Jawab Iblis: “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”
Soalan Nabi (13):
“Apakah rahsia engkau kepada umatku?”
Jawab Iblis:
“Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.”
Soalan Nabi (14):
“Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”
Jawab Iblis:
“Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.”
Soalan Nabi (15):
“Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?”
Jawab Iblis:
“Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”
Soalan Nabi (16):
“Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?”
Jawab Iblis:
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Soalan Nabi (17):
“Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”
Jawab Iblis:
“Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat.”
Soalan Nabi (18):
“Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?”
Jawab Iblis: “Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam.”
Soalan Nabi (19):
“Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?”
Jawab Iblis: “Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”

Soalan Nabi (20):
“Apa lagi yang memecahkan mata engkau?”
Jawab Iblis:
“Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,
“Syurga itu di bawah tapak kaki ibu “
--- main ---

Kisah Iblis Dengan Nabi Musa


Suatu hari ketika Nabi Musa a.s sedang berada dimajlisnya , tiba-tiba datang Iblis dengan memakai
baju yang dilabuhkan pada kepalanya. Apabila telah dekat dengan Nabi Musa a.s , ia
menanggalkan pakaiannya itu. Maka terjadilah tanya jawab antara Nabi Musa a.s dengan Iblis Itu.

Iblis : " Assalamu'alaika , wahai Musa. "

Nabi Musa : " Siapa kamu? "

Iblis : " Saya Iblis "

Nabi Musa : " ALlah s.w.t tidak menghormat engkau. Untuk apa engkau datang? "

Iblis : " Aku datang untuk mengucapkan salam kepadamu di atas ketinggian tempat dan
kedudukkanmu di sisi ALlah s.w.t. "

Nabi Musa : " Bilakah apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan engkau dapat
menghalanginya. "

Iblis : " Apabila seseorang itu merasa taajjub terhadap dirinya dan ia berlaku sombong maka lupalah
ia akan dosanya. "

Seterusnya Iblis tersebut memberikan tiga peringatan kepada Nabi Musa a.s iaitu :-

1. Janganlah sesekali engkau berkhalwat dengan perempuan yang tidak halal bagimu. Kerana tidak
berdua-duaan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya melainkan aku
menemaninya ( menjadi pihak ketiga ) tanpa teman-temanku yang lain sehingga aku Membuat fitnah
terhadap keduanya.

2. Janganlah engkau berjanji ( bernazar ) kepada ALlah s.w.t. melainkan engkau memenuhinya.
Kerana tidak berjanji seseorang kepada ALlah s.w.t. melainkan aku menemaninya tanpa
teman-temanku yang lain , maka akulah yang menjadi dinding penghalang antara orang itu dengan
janjinya sehingga janji itu tidak dapat ditunaikan.

3. Janganlah sekali-sekali engkau mengeluarkan sedekah melainkan apa yang engkau sayangi (
barang yang baik-baik ) kerana sesungguhnya tiadalah seorang itu mengeluarkan sedekah
sedangkan dia menyayanginya melainkan aku sendirilah tanpa teman-temanku yang membuat tidak
terlaksananya sedekah itu.

Selepas berkata demikian , Iblis itu berpaling dan sebelum pergi ia berkata : " Celaka! Celaka !
Celaka ! Musa telah pun mengetahui apa yang harus berwaspada terhadap anak keturunan Adam.
"

Al-Qurasyi berkata : " Aku mendengar sesungguhnya syaitan berkata kepada orang perempuan : "
Engkau adalah separuh daripada tenteraku. Engkaulah anak panahku yang kugunakan untuk
memanah ( manusia ). Aku tidak salah menjadikan engkau untuk mengetahui segala rahsia dan
engkaulah utusan untuk menyampaikan hajatku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...