Bilakah anda mula merasakan cinta? Dulu, sekarang atau baru saja sebelum membaca buku ini? Boleh jadi jawapan anda bermacam-macam kerana jatuh cinta banyak ceritanya. Siapapun yang bernafas di atas muka bumi Tuhan ini, tiada berkecuali sangat berpotensi terkena sengatan cinta. Sebuah getaran rasa yang menandakan rasa suka, rasa ingin selalu dekat, rasa ingin selalu diperhatikan dan rasa ingin berkorban membahagikan pasangannya. Buku bertajuk ‘Ya Allah, Aku Jatuh Cinta’ ini memberi bacaan alternatif kepada para remaja tentang perbahasan yang paling disukai manusia, iaitu cinta agar cinta tidak disalahfaham menjadi medan menebar pesona dan membuat dosa. Semoga para remaja mampu melihat cinta secara lebih bermatlamat serta tidak tersilap langkah dalam menilai erti cinta. Terdapat beberapa intipati yang anda boleh dapati dalam buku ini seperti: 1. Peringkat-peringkat cinta dalam Islam iaitu tatayyum, ‘isyk, Syauq, ‘ithf dan intifa’ 2. Cinta dari sudut Psikologi- cinta kerana nafsu, cinta pragmatis dan cinta altruistik. 3. Kenali hormon-hormon jatuh cinta- Pheromones, Oxytocin, Vasopressin, Dopamine, Neuropinephrine 4. Menjawab persoalan yang selalu diutarakan, “Bolehkah saya jatuh cinta?” menurut perspektif Islam. Teguklah madu-madu cinta dengan berlandaskan syariat Islam. Jadikanlah hati-hati yang diselubungi cinta indah di dada tanpa mengurakan rasa cinta pada-Mu ya Rabbi… Buku ini adalah terbitan terbaru dari Kemilau Publika Sdn Bhd. Jika anda ingin memilikinya sila hubungi 03-61573314 atau dapatkan di kedai-kedai buku rangkaian MPH, Popular dan kedai buku berhampiran anda. Layari www.kemilau.com.my cacatan (Harakahdaily) |
[Full-width] Rumput Berbunga
Jumaat, 22 Oktober 2010
Ya Allah, aku jatuh cinta
The power of surah Yasin
Ketahui dan nikmati kelazatan dari surah Yasin! Berapa ramai antara kita yang berjaya menghafal surah Yasin? Namun, berapa ramai pula yang tahu dengan mendalam maksud dalam surah Yasin? Bukankah lebih bermakna dan berkat ibadah yang kita lakukan jika dapat mendalami maksud yang disampaikan dalam surah Yasin. Izinkanlah kehadiran buku kecil bertajuk ‘The power of surah Yasin’ ini membantu anda dalam memahami isi yang terkandung dalam surah Yasin. Terdapat beberapa poin penting yang terdapat dalam buku ini seperti berikut: 1.Pengertian secara terperinci setiap ayat dalam surah Yasin 2. Sebab nuzul ayat 3. Huraian dan pengajaran dalam surah Yasin 4. Setiap huraian disokong dengan penjelasan al-Quran dan Hadis. 5. Fadilat dalam membaca surah Yasin Ilmu penyuluh jiwa, gapailah manfaat dalam membaca Yasin justeru pahalanya menyuluh jiwa anda. Mudah-mudahan ibadah anda lebih mantap selepas membaca setiap helaian dalam buku ini serta dapat memberi informasi bermanfaat kepada anda tentang surah Yasin. Buku tafsir surah yasin ini adalah karya Dr. Abdul Wahab Mohd Salleh. Beliau merupakan mantan pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran & al-Sunnah, UKM. Buku ini adalah terbitan terbaru dari Kemilau Publika Sdn Bhd. Jika anda ingin memilikinya sila hubungi 03-61573314/emel: sales@kemilau.com.my atau dapatkan di kedai-kedai buku rangkaian MPH, Popular dan kedai buku berhampiran anda. Layari www.kemilau.com.my cacatan (Harakahdaily) |
Selasa, 19 Oktober 2010
Kisah Rabiatul Adawiyah (ustaz Daud Che Ngah)
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Langgan:
Catatan (Atom)