Khamis, 14 Oktober 2010

Ilmu ghaib (khayasf) dikalangan awliya'







Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Kasyaf mengikut pandangan al-Sharif al-Jurjani di dalam kitabnya bertajuk Al-Ta'rifat merupakan "memahami realiti/hakikat sebenar di sebalik sebarang fenomena yang berlaku.  Pemahaman tersebut boleh diperolehi melalui penglihatan mahupun pengalaman, justeru memahami makna-makna dan realiti-realiti perihal alam ghaib."  Kasyaf merupakan ilmu yang berbentuk intuitif atau gerak hati yang lazim bagi awliya-awliya Allah.  Allah telah menyanjung mereka di dalam ayat berikut:

Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati  (10:62).

Rasulullah (SAW) sering kali menyebut tentang jenis dan darjat wali-wali.  Suyuti di dalam kitab berjudul Hawi li al-fatawi, yang merupakan kitab koleksi hadis-hadis, ada menyebut perkara berikut:  al-Khabar al-dall 'ala wujud al-qutb wa al-awtad wa al-nujuba'a wa al-abdal (Berita yang menunjukkan kewujudan Qutub, Tiang, Ketua, dan Pengganti).  Wali-wali ini merupakan khawas (kumpulan istemewa/elit) di kalangan orang warak.  Allah juga menggelar mereka sebagai sidiqqin (awliya, yang bermaksud "Yang Paling Benar"), dan darjat mereka di bawah para anbiya dan selepas para syuhada.  Allah berfirman:

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu:  Nabi-nabi, para sidiqqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang salih.  Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya  (4:69).

Kedudukkan mereka disisi Allah pada Hari Perhitungan juga merupakan idaman para Anbiya.  Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Umar dan lain-lain lagi yang dikisahkan daripada Musnad Imam Ahmad oleh Abu Malik al-Ash'ari:

Selepas Rasulullah selesai dengan solatnya, baginda memaling wajahnya ke jemaah lau bersabda:  "Wahai manusia!  Dengar, faham dan ketahuilah bahawa Allah mempunyai hamba-hamba yang bukannya para anbiya atau syahid.  Namun demikian, para anbiya dan syahid ingin mengambil tempat mereka oleh sebab kedudukkan mereka yang begitu rapat disisi Allah."Salah seorang Arab Beduin datang berjumpa Rasulullah lalu bertanya:  "Ya Rasulullah!  Terdapat di kalangan manusia yang bukan anbiya atau syuhada, dan masih juga para anbiya dan syuhada ingin menjadi sebagai mereka oleh sebab kedudukkan mereka yang rapat disisi Allah?  Tolong huraikan mereka untuk pengetahuan kami!"

Wajah Rasulullah begitu ceria tatkala mendengar soalan Beduin itu lalu bersabda:

"Mereka merupakan pendatang/orang asing yang datang dari pelbagai tempat.  Mereka sering menziarahi kaum/suku yang berlainan daripada mereka.  Mereka tidak mempunyai pertalian persaudaraan di antara mereka, namun mereka kasih-mengasihi semata-mata kerana Allah.  Niat mereka terhadap sesama sendiri begitu murni.  Pada Hari Kebangkitan, Allah akan mengurniakan mereka dengan kekaki yang bercahaya.  Apabila mereka duduk di atas kekaki tersebut Allah akan

menukarkan wajah dan pakaian mereka kepada cahaya.  Pada Hari tersebut manusia lain akan merasa gerun dan takut, tetapi bukannya bagi orang-orang istemewa ini.  Mereka adalah Rakan Allah yang tidak ada sebarang kekhwatiran mahupun kesedihan."

Sayyidina Ali juga telah memberi penjelasan yang masyhur tentang ciri-ciri awliya Allah di dalam buku Ibn al-Jawzi bertajuk Sifat al-safwa:

Bilangan mereka sangat kecil, tetapi darjat mereka disisi Allah amat besar.  Melalui mereka Allah mengekalkan tanda-tandaNya sehingga mereka mewasiatkan tanda-tanda tadi kepada hati pengganti mereka sebelum meninggalkan dunia ini.  Mereka mempunyai banyak ilmu realiti  tentang perkara-perkara yang sukar bagi orang awam mengetahui.  Mereka mencintai perkara-perkara yang ramai memandang sebagai usang.  Kehadiran mereka di dunia ini diiringi dengan ruh yang sentiasa berikat dengan alam yang maha tinggi  (al-mahall al-a'la).  Ah, ah! bagaimana seseorang merindui melihat mereka!

Ilmu yang ada pada para awliya tidak boleh ditandingi oleh manusia dan jin, dan pada kadang kala juga tidak dapat ditandingi oleh para anbiya.  Ilmu atau kuasa yang anih tersebut dikurniakan oleh Allah kepada RakanNya yang bukan para anbiya.  Terdapat nasnya daripada Quran:  sebagai contoh, bagaimana seorang wali yang bersama Nabi Sulayman membawa singgahsana Balqis di dalam sekelip mata.  Dia disifatkan sebagai "seseorang yang mempunyai ilmu Kitab" seperti di dalam firman Allah:

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab:  Aku akan membawa singgahsana itu (O Sulayman) kepadaku sebelum matamu berkedip...  (27:40)

Mengikut Tafsir ibn 'Abbas dan majoriti ulama-ulama, wali tersebut bernama Asif ibn Barkhya (yang bukannya nabi), seorang jurutulis Nabi Sulayman:

"Seorang yang mempunyai ilmu Kitab":  yakni malaikat...atau Jibrail...atau al-Khidir atau Asif ibn Barkhya (jurutulis nabi Sulayman).  Jumhur (majoriti) menganggap Asif ibn Barkhya sebagai orang yang dimaksudkan.

Al-Khidir, walaupun ramai yang menganggapnya sebagai nabi, memperolehi ilmu yang mana nabi Musa sendiri tidak ada.  Al-Khidir disifatkan sebagai "seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu  dari sisi kami"  (18:65).

Bagaimanapun, awliya-awliya Allah yang paling besar terdiri daripada mereka yang datang daripada Komuniti Rasulullah.  Abu Yazid pernah berkata, "Kami telah merentas lautan di mana para anbiya telah berdiri di pantainya."  Ayat in bermaksud:  wali-wali daripada Komuniti Rasulullah (SAW) telah mewarisi daripada baginda ilmu dan martabat yang mana nabi-nabi Banu Isra'il idamkan.  Perkara diteguhkan lagi oleh hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Malik al-Ash'ari, yang di petik di atas.  Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa martabat atau darjat para awliya lebih tinggi daripada para anbiya.  Imam Tahawi menjelaskan:

Kami tidak mengutamakan mana-mana wali Komuniti Rasulullah daripada para anbiya.  Disebaliknya, kami berkata seorang nabi lebih baik daripada semua wali-wali sekiranya mereka ini disatukan/dikumpulkan.

Perkataan tepat bagi penglihatan dan mimpi sebenar ialah ru'ya.  Allah berfirman:  "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya tentang kebenaran mimpinya (ru'ya) dengan sebenarnya"  (48:27).  Rasulullah berkata:

Penglihatan atau mimpi (al-ru'ya) merupakan satu perempat puluh enam bahagian ramalan/tilikan. 

Apabila Hari Qiamat akan tiba, hampir semua penglihatan atau mimpi orang mukmin akan menjadi benar.  Mimpi seorang mukmin merupakan satu perempat puluh enam bahagian ramalan, dan bentuk ramalan ini tidak mungkin akan silap.

Barangsiapa yang melihatku di dalam mimpinya memang sebenarnya melihatku, kerana Syaitan tidak boleh merupaiku, dan mimpi seorang mukmin merupakan satu perempat puluh enam ramalan/tilikan.

Salah satu penipuan yang besar ialah untuk mengaku melihat sesuatu di dalam mimpi yang pada sebenarnya tidak berlaku.

Tiada yang akan tinggal daripada ramalan/tilikan melainkan perkhabaran baik (mubashirat).  Mereka menanya baginda:  Apakah perkara itu?  Baginda menjawab:  Penglihatan atau mimpi yang baik  (al-ru'ya al-saliha).

Kasyaf merupakan kurniaan Allah kepada para awliya, dan bukannnya boleh di usaha untuk memperolehinya.  Di dalam hal tersebut Abu Hurayra pernah berkata:  "Saya telah menyimpan dua bekas besar ilmu daripada Rasulullah.." Beliau menggunakan perkataan "bekas" sebagai kiasan untuk menunjukkan bahawa ilmu tersebut bukan dipelajari oleh beliau tetapi diberi oleh Rasulullah - cecair tidak boleh diajar ke dalam bekas tetapi dituang ke dalamnya.  Ini juga menunjukkan bahawa ilmu seperti ini bukan boleh dipelajari secara aktif, di sebaliknya ilmu ini diberi kepada seseorang (menandakan sifat pasif penerima).  Sebuah lagi hadis oleh Bukhari, mengesahkan bahawa Rasulullah mencurah ilmu tersebut kepada Abu Huraira dan bukan mengajarnya.

Diriwayatkan oleh Abu Huraira:  Saya berkata, "O Pesuruh Allah!  Saya telah mendengar banyak riwayat daripada tuan tetapi saya telah lupa."  Baginda bersabda, "Bentangkan selimutmu."  Saya pun membentangnya dan baginda menggerakan kedua tangannya seolah-olah mengutip sesuatu dan menaruhkan nya ke dalam selimut itu lalu bersabda, "Bungkuskan badanmu dengan selimut ini."  Maka saya pun membuatnya, dan semenjak pada hari itu saya tidak pernah lupa sebarang hadis. 

Mengikut sebuah hadis, mimpi yang benar merupakan salah satu ciri orang mukmin, begitu juga dengan kasyaf:

Daripada al-Harith ibn Malik al-Ansari (sesetengah rangkaian menamakannya sebagai al-Harith ibn al-Na'man al-Ansari):  Rasulullah menanya dia:  "Apa khabar anda pada pagi ini O Haritha?"  Dia menjawab:  "Pada pagi ini saya adalah seorang mukmin yang benar."  Rasulullah bersabda,  "Berhati-hati apa yang engkau sebut itu, tahukah anda realiti keimanan anda?"  Dia berkata:   "Saya telah memalingkan diriku dari dunia melalui berjaga diwaktu malam dan mengeringkan tekakku pada siang hari; dan saya hampir boleh melihat Takhta Allah dengan sepenuhnya; dan saya boleh melihat orang di Syurga menziarahi satu sama lain; dan saya hampir boleh melihat orang di Neraka menangis sesama mereka."  Rasulullah bersabda:  "O Haritha, anda benar-benar mengetahui, maka berpegang teguh kepadanya."  Sesetengah versi berbunyi seperti berikut:  "Ini ialah seorang mukmin, Allah telah menyinarkan hatinya" (mu'minun nawwara Allahu qalbah). 

Rasulullah pernah memuji sifat-sifat 'Umar di dalam perkara ilmu kasyaf seperti berikut:  

Terdapat di kalangan ummat sebelum kalian beberapa orang yang "muhaddathun," walaupun mereka bukannya nabi-nabi.  Sekiranya terdapat orang itu di dalam umatku, dia ialah 'Umar ibn Khattab.

Diriwaytakan oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidhi, dan Ahmad.  Terdapat dua hadis yang dianggap sebagai hasan di dalam Tirmidhi yang berbunyi "Allah telah mengukir kebenaran di atas  lidah dan hati 'Umar" dan "Sekiranya ada nabi selepas ku, sudah pasti orang itu ialah 'Umar."  Mengikut Ibn 'Uyayna "muhaddath" bererti "dibuat untuk faham" (mufahhamun).  Muslim pula menokok:  ""ibn Wahab menerangkan "muhaddathun" bermaksud "diberi ilham" (mulhamun),"  dan ini merupakan pandangan majority mengikut pendapat Ibn Hajar di dalam kitab bertajuk Fath al-Bari (7:62:#3689).  Dia juga menambah bahawa "muhaddathun" bererti "yang di bawa oleh para malaikat." 

Wallah hu alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...